Tan Chap Associates Law Firm Office Join Us
Tan Chap Join Us

NOTIS MENGENAI DATA PERIBADI

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami ingin memberi anda notis bahawa Data Peribadi anda akan dikumpul, direkod, dipegang, disimpan dan diproses oleh kami, Tan Chap & Associates, termasuk pekerja kami, untuk digunakan dan diuruskan mengikut dan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

2. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan termasuk, tetapi tidak terhad:-

  • untuk dan/atau berhubung dengan pengendalian perniagaan dan peruntukan perkhidmatan dalam kapasiti peguambela dan peguamcara, pesuruhjaya sumpah, notari awam dan lain-lain orang yang berkedudukan yang serupa;
  • untuk dan/atau berhubung dengan mematuhi undang – undang dan peraturan-peraturan termasuk keperluan pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan atau mahkamah undang-undang;
  • untuk pengesahan identiti dan kedudukan kredit;
  • untuk mengekalkan pentadbiran dan penyimpanan rekod yang sewajarnya bagi semua perkara di mana kami bertindak bagi pihak anda.

3. SIFAT DATA PERIBADI

Data Peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat berikut:-

  • nama, jawatan pegangan dan nama syarikat;
  • •umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad identiti, nombor passport;
  • •bangsa, asal etnik, kewarganegaraan
  • maklumat perhubungan termasuk alamat, alamat emel dan nombor telefon;
  • status perkahwinan, butiran anak, julat pendapatan, majikan; dan
  • butiran cukai pendapatan dan akaun bank.

4. AKIBAT PENOLAKAN/ KEGAGALAN UNTUK MEMBEKALKAN DATA PERIBADI

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi anda tidak dibekalkan atau tidak dibekalkan secara lengkap kepada kami, arahan anda mungkin tidak diterima.

Sila ambil perhatian selanjutnya bahawa jika anda menarik balik kebenaran anda atau mengehadkan tujuan dan kaedah yang kami boleh memproses Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat terus bertindak mengikut arahan anda.

5. PENDEDAHAN

Kami akan berusaha untuk melindungi dan mengekalkan kerahsiaan Data Peribadi anda. Ini diperkukuh lagi oleh keistimewaan profesion undang-undang dan Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 yang melarang kami daripada mendedahkan sebarang komunikasi istimewa yang dibuat oleh anda kepada kami sebagai peguambela dan peguamcara anda kecuali dengan persetujuan anda.

Sila ambil perhatian bahawa Data Peribadi tertentu yang berkaitan dengan anda mungkin perlu didedahkan kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang berikut: –

  • mana-mana orang yang mana kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sehubungan dengan apa-apa perintah atau penghakiman mahkamah, atau sebagai tindak balas kepada agensi berwibawa atau kerajaan;
  • mana-mana pihak yang terlibat dalam atau berkaitan dengan prosiding undang-undang (atau prosiding undang-undang yang bakal), untuk tujuan prosiding undang-undang;
  • agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pengawal atur industri dan lain-lain pihak berkuasa yang serupa;
  • juruaudit, juruperunding, akauntan, atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional;
  • kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk sebagaimana yang perlu atau yang sesuai; dan
  • sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk tanpa had, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

6. PERLINDUNGAN

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dengan cara yang selamat. Kami berusaha, sekiranya dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan dan prosedur yang sesuai, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang boleh digunapakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang- undang anda dan kerugian akibat kemalangan atau kemusnahan, atau kerosakan kepada Data Peribadi anda.

7. HAK AKSES DAN PEMBETULAN

Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan mengenai Notis ini atau anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda atau membetulkan Data Peribadi anda atau menarik  balik  persetujuan  anda  atau  menyekat  tujuan  dan  kaedah akan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan secara bertulis kepada alamat yang berikut:-

Alamat :
Tan Chap & Associates
Suite C32, 3rd Floor, Block C,
Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

T +603-40415168
F +603-40419022
E  general@tanchaplegal.com

8. PELBAGAI

Tiada apa dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini akan mengehadkan hak-hak Tan Chap & Associates di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dengan melantik kami dan/atau berterusan melantik kami dan/atau telah melantik kami dan/atau berkomunikasi dengan kami dengan niat melantik kami, anda akan dianggap telah bersetuju untuk membenarkan kami untuk mengutip, merekod, memegang, menyimpan, memproses dan berurusan dengan Data Peribadi anda sehingga dan melainkan jika kami menerima notis bertulis yang sebaliknya daripada anda.

Kami berhak mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dikemaskini di laman web. Dengan terus berkomunikasi dengan kami atau dengan terus menggunakan perkhidmatan kami berikutan dengan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis Perlindungan Data Peribadi ini, ia hendaklah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.